12 Maret 2018
RBAF Blackhawk helicopter (photo : click and render)
Belanjawan Pertahanan 2018/2019 Dibentangkan Semasa Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2018
BANDAR SERI BEGAWAN - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II telah membentangkan belanjawan pertahanan semasa sesi pagi permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara kali ke-14 hari ini.
Anggaran belanjawan bagi Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan pada tahun kewangan 2018/2019 ialah $492,754,700.00, yang merupakan peningkatan sebanyak 12.9 peratus daripada peruntukan yang telah diluluskan pada tahun kewangan yang lalu.
Menteri Pertahanan II mengesahkan bahawa pertahanan sebagai salah satu asas yang kukuh dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kestabilan negara yang kemudiannya membolehkan usaha yang lebih berkesan untuk mencapai agenda pembangunan dan kemakmuran negara, seperti yang dijelaskan di bawah visi negara Wawasan 2035.
Kenaikan peruntukan pertahanan menandakan komitmen Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi melaksanakan pelbagai program yang akan mewujudkan bidang-bidang hasil utama dan strategik yang akan mengekalkan kesediaan tahap tertinggi, serta memastikan keberkesanan diplomasi pertahanan negara melalui peluang kegiatan-kegiatan kerjasama pertahanan serantau dan antarabangsa. Pelbagai program ini, yang termasuk pembangunan tenaga, kerjasama pertahanan, latihan, pelaburan teknologi, serta penyelenggaraan dan peningkatan infrastruktur / aset, akan dipantau secara konsisten dan dikaji semula untuk memastikan strategi organisasi akan terus teguh dan responsif terhadap landskap strategik dinamik.
Selaras dengan keperluan strategi keselamatan negara yang menyeluruh ke arah pencapaian Wawasan 2035, peranan Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam menyumbang kepada pendekatan secara keseluruhan negara dalam melindungi keamanan dan kestabilan Negara Brunei Darussalam bersama agensi keselamatan negara , pihak berkuasa kerajaan, organisasi akar umbi dan pemain sektor swasta juga akan terus ditegakkan.
(BruMindef)