Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Transformasi Organisasi Maritim Malaysia

$
0
0
19 Februari 2018


Offshore Patrol Vessel untuk APMM (image : MMEA)

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia (Mari­tim Malaysia) buat pertama kalinya akan melakukan penstrukturan semula organisasi pasukan itu bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan dan ke­selamatan perairan negara.

Transformasi yang bakal dilakukan itu juga bersempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 yang disambut pada hari ini (15 Februari 2018).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Sri Zulkifili Abu Bakar berkata, melalui penstrukturan tersebut, Maritim Malaysia sudah menyediakan pelan pelaksanaan yang mana Maritim Malaysia akan mewujudkan pejabat operasi ma­ritim di peringkat negeri dan zon bagi menggantikan pejabat pe­ringkat wilayah serta daerah.

Beliau berkata, penstrukturan baharu itu dijangka dapat memberikan perkhidmatan yang le­bih berkesan lebih-lebih lagi dengan wujudnya pejabat operasi ma­ritim sehingga ke peringkat pos hadapan maritim, yang akan dapat mempercepatkan operasi menyelamat dan memintas.

“Sejak ditubuhkan pada ta­hun 2005, Maritim Malaysia tidak pernah melakukan penstrukturan semula dan kini se­­lari dengan 13 tahun penu­buhannya, agensi itu harus ber­ubah dan bersifat lebih dinamik untuk terus kekal sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan serta kedaulatan zon maritim Malaysia.


NGPC KM Bagan Datuk (photo : Jerry E)

“Oleh itu, Maritim Malaysia telah menghantar permohonan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmat­an Awam untuk melakukan penstrukturan semula organisasi pa­sukan itu dalam tahun ini bagi melancarkan operasinya,” kata Zulkifili.

Maritim Malaysia memulakan operasinya pada 30 November 2005 selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633).

Zulkifili berkata, setakat ini Maritim Malaysia mempunyai 5,369 perjawatan yang mana 87.82 peratus telah diisi dengan pelantikan pegawai dan anggota terdiri dari­pada perkhidmatan penguatkuasaan maritim, gunasama dan pelbagai lagi perkhidmatan.

Bagaimanapun katanya, berpandukan kepada Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040, agensi itu menyasarkan sebanyak 9,414 perjawatan pada tahun 2040 bagi memastikan aset-aset maritim dapat ber­operasi secara optimum.


AS365N3 Dauphin helicopter (photo : Radzi Desa)

“Antara perkara yang diberi perhatian adalah mewujudkan norma dan perjawatan bagi tiga buah kapal Offshore Petrol Vessel (OPV) yang akan diterima Maritim Malaysia pada tahun 2020.

“Kapal sepanjang 85 meter itu mampu untuk meronda di laut untuk tempoh empat hingga enam minggu dengan kekuatan anggota dianggarkan dalam 70 perjawatan untuk setiap kapal,” kata Zulkifili.

Selain itu katanya, APMM juga memerlukan tenaga kerja baharu bagi mengisi pejabat Pos Hadapan Maritim Batuan Tengah atau lebih dikenali sebagai Abu Bakar Maritime Base yang terletak di Batuan Tengah dan Pos Hadapan Pulau Layang-Layang serta Pos Hadapan Pulau Sipadan.

Jelasnya, penubuhan Pos Hadapan itu perlu diberikan keutamaan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.


AW-139 helicopter (photo : Kamaruddin)

Pada masa sama katanya, APMM turut merancang untuk menambah bilangan anggota bot kepada 228 buah bot menjelang 2040 memandangkan aset tersebut penting sebagai kenderaan pemintas bagi mempercepatkan usaha membanteras jenayah di laut atau untuk usaha-usaha menyelamat.

“Memandangkan kini Maritim Malaysia telah diberi fungsi tambahan iaitu tidak hanya menjaga keselamatan di laut tetapi juga di udara di Zon Ekonomi Maritim Malaysia, maka agensi itu merancang untuk memiliki 15 pesawat helikopter dan 12 pesawat fixed wing serta me­ngukuhkan perjawatan di Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) dan Cawangan Operasi Udara.

“Untuk memperkasakan lagi fungsi terbaharunya itu, Ma­ritim Malaysia juga telah menghantar empat pegawai penguat kuasa maritim menjalani kursus juruterbang perintis keluaran Maritim Malaysia yang pertama,” katanya.

(Utusan)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles