Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Pangkalan Baharu Maritim Malaysia di Pahang

$
0
0
17 Februari 2018


Kapal patroli APMM dari Jepang (photo : APMM)

KUANTAN: Sebuah pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur akan dibina di Pahang, bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan negara berada pada tahap optimum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pangkalan berkenaan bakal meliputi penempatan warga Maritim Malaysia.

Katanya, peruntukan untuk tujuan itu sudah diluluskan pada Julai tahun lalu tetapi enggan mendedahkan nilainya.

"Pangkalan berkenaan akan meliputi pentadbiran di Pantai Timur termasuk sebahagian Johor dan kita mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu.

"Kontraktor sudah dilantik dan apabila lokasi dikenal pasti, kerja pembersihan kawasan dilakukan sebelum pembinaan dimulakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Seramai 383 pelatih menamatkan latihan asas Leftenan Muda Maritim dan Bintara Muda.

Maritim Malaysia mencatat sejarah apabila Leftenan Maritim Aida Arzahri, 35, menjadi wanita pertama dilantik sebagai pegawai memerintah kapal kerajaan di Malaysia dan akan meneraju KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak.

Shahidan berkata, selari pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11), pihaknya meneruskan perolehan dan penggantian aset bagi memperkasakan keupayaan penguatkuasaan dan carilamat.

Katanya, Maritim Malaysia kini memiliki empat kapal jenis New Generation Patrol Craft (NGPC) manakala baki dua unit lagi akan diterima Jun depan.

"Kita juga merancang memperoleh kapal induk bagi melaksanakan pelbagai tugas dan misi dalam tempoh 21 hari di laut, sekali gus dapat meningkatkan prestasi penguatkuasaan dan carilamat.

"Antara perolehan lain adalah sistem C4ISR (Command, Control, Communication, Computer, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance), bot laju, helikopter dan pesawat pemantauan maritim," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata, Maritim Malaysia berjaya mengurangkan kadar jenayah kepada kurang tiga peratus tahun lalu berbanding 48.08 peratus pada 2006.

"Kita turut memungut kira-kira RM307 juta hasil denda terhadap nelayan asing, pelupusan kapal, kompaun dan lelongan ikan dari 2006 hingga 2017," katanya.

(Berita Harian)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles