07 Desember 2016
Kedah class Kapal Ronda Generasi Baru atau Next Generation Patrol Vessel atau sering juga disebut korvet kelas Kedah (photo : US Navy)
KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang untuk menambah sebanyak 12 unit lagi Kapal Ronda Generasi Baru bagi meningkatkan tahap pengawasan keselamatan di seluruh perairan negara.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata penambahan aset TLDM berkenaan akan dibuat secara berperingkat.
Beliau berkata TLDM setakat ini memiliki enam buah kapal ronda itu iaitu Kapal Diraja (KD) Pahang, KD Kedah, KD Selangor, KD Perak, KD Terengganu dan KD Kelantan.
“Selain penambahan 12 unit kapal ronda itu, TLDM juga bercadang untuk menambah dua buah lagi kapal selam. Buat masa sekarang, kita telah memiliki dua buah kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.
“Kesemua penambahan aset itu akan dibuat menerusi menerusi program Transformasi 15 ke 5 Kelas Kapal yang menjimatkan kos perbelanjaan dan tenaga kerja warga TLDM,” katanya kepada Bernama di Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran TLDM dan Majlis Ramah Mesra Warga Markas Tentera Laut.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM bakal menerima kapal perang pesisir pantai (LCS) buatan tempatan yang pertama yang dijangka siap pada 2019.
Katanya kapal perang itu dilengkapi teknologi tinggi dan terkini menggunakan kepakaran jurutera tempatan tanpa bergantung kepada kepakaran negara luar.
Beliau berkata ia sedang dalam pembinaan dan turut menjimatkan lebih separuh kos perbelanjaan menerusi program transformasi yang sama.
“Susulan itu, sebanyak enam buah kapal LCS akan dibina secara berperingkat setiap tahun bagi memantapkan pertahanan maritim negara,” katanya lagi.
Terdahulu Ahmad Kamarulzaman yang genap setahun menerajui TLDM hari ini, menyaksikan majlis penyerahan terima tugas Pegawai Waran TLDM di KD Sri Gombak.
Pada majlis itu, Pegawai Markas Kejuruteraan TLDM di Lumut, Eizad Ramli dilantik menjadi Pegawai Waran I Kejuruteraan Marin Kuasa Gerak (TMK) yang baharu bagi menggantikan Nik Ezanee Nek Anom yang akan bersara berkuat kuasa bulan depan.
(Media Permata)