Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Penampilan Sulung Lipan Bara Aset Terbaharu Milik Angkatan Tentera Malaysia

$
0
0
01 September 2016


Lipan Bara kendaraan HMAV 4x4 (photo : Utusan) 

KERETA kebal Pendekar dan Lipan Bara

KUALA LUMPUR  - Lipan Bara, kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) itu mampu me­ngangkut muatan seberat sehingga dua tan serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Aset terbaharu ATM dengan keupayaan pacuan empat roda tersebut dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm dan alat amaran laser.


Lipan Bara hasil kerjasama Deftech dan Chaiseri Co Ltd - Thailand (photo : Defence Blog)

Lipan Bara yang dikeluarkan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pame­ran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016, di sini April lalu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.

“Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” katanya kepada pemberita selepas me­nyaksikan acara perbarisan dan perarakan tersebut.

Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.

(Utusan)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>