13 Mei 2016
Pusat komunikasi satelit ATM (photo : panggilan pertiwi, MMP)
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini melengkapkan empat dimensinya (4DMAF) menerusi pengwujudan Pusat Komunikasi Satelit (PKS) bagi mengekang ancaman siber.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata PKS itu bertujuan memantau dan mengawal jalur lebar komunikasi serta parameter transponder dan terminal ATM.
"PKS membantu melancarkan perjalanan operasi menggunakan transponder X-Band yang berupaya menerima dan menghantar imej atau video dengan lebih berkesan.
"Perolehan aset komunikasi satelit berkenaan sekali gus membantu mempertingkatkan keupayaan jalur lebar ATM yang lebih canggih dan bertaraf dunia dengan kos penggunaannya yang diminimumkan," katanya kepada pemberita ketika merasmikan PKS di Kem Paya Jaras, di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.
4DMAF merupakan pelan pembangunan strategik ATM yang memfokuskan kepada perkhidmatan laut dan udara, ruang udara, permukaaan bawah laut dan ruang siber.
PKS ATM itu bagi menyokong pelan 4DMAF dalam memperkasa ATM di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu darat, udara dan laut.
"PKS dianggotai oleh 11 pegawai dan 50 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang ditempatkan di kem berkenaan.
"Berikutan itu, PKS diketuai oleh Lt. Kol Ir Ilime Ibrahim selaku pegawai pemerintah Tentera Udara dalam merealisasikan fungsi PKS," katanya.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Lt. Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.
Pusat Komunikasi Satelit X-Band ATM Melonjakkan Kemampuan Pertahanan Negara
SUNGAI BULOH – Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Pusat Komunikasi Satelit Angkatan Tentera Malaysia (PKS ATM) di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin. Pengoperasian PKS ATM ini telah mencatat sejarah bagi ATM khasnya dan Malaysia am kerana ATM buat julung kalinya akan mengoperasikan system komunikasi satelit X Band dibawah kawalan selia mereka sendiri dan satelit Measet -3b yang membawa komunikasi system X Band adalah yang pertama dimiliki oleh sebuah negara di Asia Tenggara. Pembangunan PKS adalah sebahagian dari pemodenan system komunikasi satelit ATM bagi menyokong pelan 4DMAF.
Kejayaan perolehan komunikasi satelit ini membantu mempertingkatkan keupayaan lebih canggih dan bertaraf dunia. Selain itu memberi kelebihan dalam mengoptimumkan force multiplier effect kuasa tempur ATM. Secara tidak langsung juga menjadi ‘Mata Langit’ dalam melicinkan dan memberi 'secure communication' untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti pelanunan.
Leftenan Kolonel Ir. Illime bin Ibrahim merupakan Pegawai Memerintah Pusat Komunikasi Satelit ATM
"Untuk makluman Transponder X-Band untuk kegunaan tentera ini kita pasang pada Measat-3B bersama2 transponder awam yang lain. measat-3b bukan dedicated military SATCOM. Sebelum ini kita sewa perkhidmatan Satcom dari negara luar. Kini kita hanya bayar sewaan kepada measat yang mana satelit milik negara kita sendiri.
Ini bermakna lebih terjamin dan secure.
kebanyakkan negara di asia tenggara menggunakan x-band amerika atau jepun atau europe untuk komunikasi tentera mereka.
Jika ada bajet yang mengizinkan memang ATM mahu lancarkan dedicated x-band satelite sendiri. Tetapi ini merupakan perancangan masa depan"
Pembangunan PKS ATM terdiri dari dua bahagian penting iaitu Space Segment dan Ground Segment dimana Hub dan terminal-terminal x-Band Satelit ini akan di pasang pada unit-unit darat laut dan udara. Perolehan ini berlanjutan sehingga 2020.
(MMP)