Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Basic Operational Sea Training KD Pendekar dan KD Perkasa

$
0
0
29 Januari 2016


Latihan Taktikal Manuvra bersama KD PERKASA (all photos : TLDM)

Bagi merealisasi objektif Basic Operational Sea Training (BOST), satu siri latihan GUNEX antara KD PENDEKAR dan KD PERKASA telah dilaksanakan pada 23 Jan 16 di Pulau Aur. Cuaca sepanjang latihan dalam keadaan baik tetapi agak bergelora dengan kod laut 3. 


Latihan Penembakan Senjata Kecil (GPMG) bagi memahirkan anak-anak kapal dalam mengendalikan senjata tersebut

Antara latihan yang dilaksanakan adalah penembakan Meriam 57mm, 40/70mm, penembakan senjata kecil serta manuvra taktis. Objektif latihan diadakan adalah bagi meningkatkan kecekapan dan memberi pendedahan kepada anak-anak kapal dalam menghadapi situasi ketika perang.


Latihan Penembakan meriam 57mm

Secara keseluruhannya, semua siri latihan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diperlukan. Diharap latihan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa diantara kapal-kapal di dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju 1 (SKPL `1).


Latihan Penembakan Meriam 40/70mm

Sebagai penutup kapal telah melaksanakan latihan orang jatuh laut sebelum meneruskan pelayaran ke Kawasan Operasi Kekal Warisan. Ternyata terbukti walaupun dalam keadaan laut yang bergelora pihak kapal masih dapat melaksanakan latihan dengan baik demi meningkatkan kemahiran dan seterusnya menjamin kedaulatan Negara terpelihara.

(TLDM)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>