Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Pesawat A400M Kedua TUDM Tiba di Pangkalan Subang

$
0
0
29 Desember 2015


M54-02, second A400M for RMAF (photo : Manuel Perez)

Pesawat A400M negara memasuki inventori TUDM hari ini

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia menerima pesawat A400M kedua daripada empat yang ditempah keseluruhan.

Ini merupakan pesawat kedua daripada empat pesawat yang dibeli pada Disember 2005. Yang pertama telah diterima pada 9 Mac lalu.

Pesawat A400M merupakan pesawat moden dari segi teknologi berbanding pesawat C130 yang berada dalam inventori TUDM.

Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar berbanding pesawat yang dimiliki TUDM ketika ini.

Selain untuk tujuan pertahanan, pesawat itu juga berupaya melaksanakan misi yang merangkumi penugasan berkaitan ‘Medical Evacuation’ (Medevac), ‘Air-to Air Refuelling’ (AAR), ‘Aerial Delivery (Paratroop & Logistic)’ serta operasi Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR).

Baki dua buah pesawat lagi, dijangka tiba menjelang pertengahan tahun depan secara berperingkat.

Ketibaan pesawat ini di Pangkalan Udara Subang telah disambut secara simbolik dengan diiringi dua buah pesawat tempur MiG29N.  Pancuran air dari kenderaan pemadam api pesawat menandakan ketibaan secara rasmi pesawat di hadapan Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang dengan disambut oleh Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain. 

(Airtimes)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles