Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

AirBoat Mudahkan Operasi di Kawasan Cetek, Berlumpur

$
0
0
19 Desember 2015


Sesi pandu uji AirBoat oleh APMM di Johor Bahru (photo : Utusan)

JOHOR BAHRU  – Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merancang untuk memantapkan keupayaan aset milik pasukan itu terutama di kawasan cetek dan berlumpur dengan pembelian AirBoat tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, usaha memiliki 10 AirBoat yang setiap satu dianggarkan bernilai RM1 juta itu kini dalam peringkat perbincangan dan kajian sebelum permohonan memilikinya dibuat.

Katanya, jika semua perancangan berjalan lancar, Maritim Malaysia bakal menjadi agensi penguat kuasa pertama di negara ini yang menggunakan AirBoat untuk melakukan rondaan atau operasi di kawasan perairan pesisir pantai yang cetek dan berlumpur.

“Pasukan teknikal kita akan membuat kajian terperinci berhubung Airboat itu dalam masa terdekat sebelum langkah sete­rusnya diambil,” katanya kepada pemberita selepas acara pandu uji AirBoat di jeti Danga Island di sini hari ini.

AirBoat merupakan bot pelbagai guna yang dijana oleh enjin automotif atau enjin pesawat ringan dan bahagian tapaknya yang rata membolehkannya bergerak lancar di kawasan yang sukar dimasuki bot atau kenderaan air konvensional.

Bot tersebut biasanya digunakan untuk aktiviti riadah dan pelancongan di sekitar kawasan berpaya di Amerika Syarikat (AS).

Ahmad Fuzi berkata, peranca­ngan untuk menggunakan AirBoat dibuat kerana aset yang dimiliki Maritim Malaysia pada masa ini mempunyai kekangan pergerakan terutama di tempat cetek dan berlumpur sekali gus menyukarkan operasi.

Kekangan itu katanya, menyebabkan ancaman-ancaman seperti aktiviti penyeludupan, kegiatan mencuri benih kerang dan siput serta bot pukat tunda gading masih berlaku.

“Memiliki aset yang boleh digerakkan dalam semua keadaan permukaan laut, pantai dan cuaca akan memberi kelebihan kepada usaha mencegah jenayah di perairan negara,” katanya.

(Utusan)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>