07 April 2015
ThalesRaytheonSystems GM400 (photo : Militaryphotos, Metro)
Kemampuan mengesan, menjejak seterusnya menghapus kehadiran musuh yang menyusup di daratan, perairan atau ruang udara sangat penting untuk menjamin keselamatan negara.
Sebagai sebuah negara yang mementingkan keselamatan, Malaysia sememangnya tidak ketinggalan mempertingkatkan sistem pertahanan sedia ada.
Menerusi Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarbangsa Langkawi 2015 (LIMA 2015) yang diadakan baru-baru ini, sebanyak tujuh kontrak dan lima memorandum persefahaman (MoU) berjumlah RM9.3 billion ditandatangani.
Antara perjanjian ini termasuk peningkatan aset udara pesawat penggempur dan pejuang Su-30MK milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari aspek avionik dan komunikasi, penyerahan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV), peningkatan dan penyelenggaraan sistem radar pertahanan, sistem kawalan trafik dan penyelenggaraan untuk pusat operasi perintah dan kawal sektor udara Malaysian Air Defence Environment Sector Operation Center 5 (MADGE SOC 3).
MADGE SOC 3 ini menjadi 'mata'utama sebagai penderia yang mampu mengesan kehadiran musuh.
Pusat operasi perintah dan kawal sektor udara yang mampu mengawal dan memproses maklumat menerusi sitem radar yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sistem ini menggunakan radar pertahanan udara jarak jauh jenis Ground Master 400 (GM 400) yang dibangunkan oleh ThalesRaytheonSystems, Perancis.
Sistem radar digital ini mampu mengesan sasaran di altitud rendah, sederhana, dan tinggi.
Kemampuan sistem ini adalah mampu beroperasi serentak di seluruh kawasan pegunungan, daratan dan lautan menerusi sambungan unit radar boleh ubah.
Jarak jangkauan satu unit GM400 ini mampu mencakupi keluasan dari lima kilometer hingga 470 kilometer persegi atau hingga 250 batu nautika.
(Metro)