25 September 2014
KH-31P ARM misil (all photos : TUDM)
KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya melaksanakan latihan tembakan persenjataan Misil Udara ke Permukaan iaitu bagi misil jenis KH31A (Anti Kapal) dan juga misil jenis KH31P (Anti Radiasi) pada 20 Sep 14 yang lalu.
Latihan tembakan ini telah dilaksanakan di kawasan tembakan khas di sekitar Perairan Laut China Selatan dengan menggunakan pesawat Su-30MKM (Sukhoi) dari No 11 Skuadron.
Bagi menjayakan latihan tembakan ini, TUDM telah membuat persiapan yang rapi melalui perancangan, koordinasi dan juga komitmen melalui Markas Pemerintahan Operasi Udara bersama Skuadron yang terlibat.
Selain dari itu, TUDM juga telah mendapat kerjasama yang baik dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penerbangan Awam (JPA) dan Petronas.
Kejayaan dalam latihan penembakan kedua-dua jenis misil ini telah melakar sejarah dan merupakan satu kejayaan besar buat TUDM. Kejayaan yang cemerlang dicapai apabila misil-misil yang dilancarkan dari pesawat Su-30MKM telah tepat mengenai sasaran dan seterusnya telah memusnahkan sasaran tersebut.
Kejayaan penembakan kedua-dua misil ini juga membuktikan keyakinan TUDM terhadap keupayaan persenjataan yang dimiliki dan juga kesiaagaannya.
(TUDM)