Quantcast
Channel: DEFENSE STUDIES
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Mega Bakti - Penyelamat Kapal Selam TLDM

$
0
0
19 Agustus 2014
MV Mega Bakti adalah sebuah kapal Submarine Escape and Rescue-Intervention (photo : fleetmon)

MV MEGA BAKTI adalah sebuah kapal Submarine Escape and Rescue-Intervention (SMER-I) yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal ini telah dibina dan direka khas oleh Kepple Singmarine, Singapura untuk kegunaan di Malaysia oleh syarikat Target Resourses Sdn Bhd (TRSB).

Sebagai syarikat pembekal kapal SMER-I, TRSB kemudiannya telah mengikat kontrak dengan TLDM dan telah menandatangani kontrak pada 12 Jul 2012. TLDM telah menerima kapal MEGABAKTI secara rasminya pada 24 Sep 2013 dan diletakkan di bawah Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar Kota kinabalu Sabah.

Peralatan Dan Fungsi

MEGA BAKTI adalah direka sebagai kapal sokongan permukaan dalam operasi menyelamat mangsa yang terkandas di dasar lautan yang membawa peralatan-peralatan yang berkaitan khusus dalam operasi-operasi menyelamat terutamanya dalam konteks menyelamat kapal selam yang terkandas di dasar lautan. Di antara peralatan-peralatan khusus yang dibawa untuk tujuan tersebut ialah:
.
MV Mega Bakti (photo : nmj)


-Remotely Operated Vehicle (ROV) adalah sejenis kenderaan yang dikawal oleh operator yang mana operator itu sendiri tidak berada di dalam kenderaan (ROV) tersebut. Operator hanya mengawal dengan menggunakan kabel yang bersambung dan berada di suatu lokasi di atas kapal Mega Bakti.

ROV digunakan bagi memasang Distressed Submarine Ventilation and Depressurization System (DSVSD) pada kedalaman sehingga 400 meter. Ia berkebolehan membersihkan halangan di escape hatch Distress Submarine (DISSUB), merakam foto dan video serta menghantar Emergency Life Support Stores (ELSS) pod.

Kelihatan sebuah fast rescue boat bagi penyelamat krew kapal selam yang timbul di permukaan (photo : Maldef)

-Emergency Life Support Stores (ELSS) Pod digunakan sebagai bantuan perubatan, makanan dan pelbagai keperluan lain ke DISSUB dengan menggunakan ROV. MEGABAKTI telah menyediakan 12 unit ELSS pod yang berupaya menampung tekanan mencapai 65 bar.


-Portable Underwater Telephone System merupakan peralatan yang digunakan untuk melaksanakan komunikasi antara MEGA BAKTI dan DISSUB.

Sistem Remotely Operated Vehicle/ROV (photo : Maldef)

-Distressed Submarine Ventilation and Depressurization System (DSVSD) dipasang pada DISSUB untuk menyalurkan udara bersih dan mengalirkan keluar udara tercemar dari DISSUB dengan menggunakan hos. Sistem ini telah digunakan oleh Tentera Laut Perancis telah pun lulus diuji berupaya sehingga mencapai kedalaman 250 meter.

-Double Lock Decompression Chamber (DDC) digunakan untuk merawat krew kapal selam yang mengalami decompression sickness (DCI). MEGA BAKTI mempunyai 2 unit DDC yang mampu merawat  6 pesakit bagi setiap 1 unit DDC dalam sesuatu masa.  Untuk 2 unit DDC  ia boleh merawat sehingga 12 pesakit.


Peralatan penyelamat yang ditempatkan di kontena khas, termasuklah bilik kawalan ROV (photo : Maldef)

-Global Positioning System Inteligent Bouy Tracking System (GIB) digunakan bagi mengesan kedudukan DISSUB yang terkandas di laut serta mampu mengesan sehingga ke 1,000 meter kedalaman.

-Kapal MEGA BAKTI juga mempunyai 2 buah  bot penyelamat laju untuk melaksanakan operasi menyelamat krew kapal selam pada bila-bila masa dan merupakan elemen perantara komunikasi antara kapal induk  dan DISSUB.


Bahagian depan ROV yang dilengkapi dengan pelbagai jenis bagi pengoperasian bawah dasar laut (photo : Maldef)

MEGA BAKTI  telah membahagikan  perkhidmatannya kepada dua bentuk iaitu  Operasi Utama  dengan melaksanakan SMER-I termasuk demontrasi dan latihan dengan menggunakan sIstem SMER-I dan bertindak sebagai Mother Ship kepada kapal selam TLDM.

Melalui Operasi Skunder, TRSB mengatur MEGA BAKTI memenuhi keperluan-keperluan  lain seperti menyediakan MEGABAKTI sebagai platform semasa menjalani operasi dan latihan menyelam kapal,  Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR), sebagai  kapal penyelamat (recovery) torpedo latihan dan merangkumi semua latihan dan Operasi Bencana serta misi bantuan kemanusiaan.


Deretan pod ELSS yang dimuatkan dengan makanana, perubatan, dan peralatan lain (photo : Maldef)

Spesifikasi Teknikal Dan Peralatan :

Name                         -  MEGA BAKTI
IMO No                       -  9612571
Official No                 -  334443
MMSI No                   -  533130895
Call Sign                   -  9MPU8
Speed                       -  17 Knots
Gross Tonnage        -  3451 MT
Lenght                       -  79.65 Mtrs
Breadth                     -  17.00 Mtrs
SMER-I Deck           -  550 M²
Fuel                           -  960 M³
Fresh  Water            -  400 M³
Tech Water               -  120  M³
Accomondation       -  88 krew + 6 pegawai.
Mampu beroperasi selama 21 hari di laut dengan kerupayaan operasi sejauh 5,000 batu nautika dengan kelajuan 15 knots.

(Perajurit)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14229

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>